#BurakConquerKedah: Burak in Langkawi (Day 1)

Assalamualaikum! :)
Holla Peeps!



After a few month berehat rehat sementara tunggu panggilan degree, *not so rehat, aku kerja kot!* kitorang tutup lahh chapter semester break kitorang dengan melancong ke LANGKAWIII dan Alor Setar.

Actually kitorang dah plan nak ke sini since part 1 kot. Kira2 dekat 3 tahun plan baru dapat p. Yelah kekangan masa dan duit kot. Masih muda remaja spender pun mak yg beli, mana nak ada duit pergi jalan jauh2. Dah lahh 3 tahun plan, yg plan 14 orang, kata nak p 10 orang, 5 orang confirm pergi, dan yang sampai ke Langkawi tu 4 orang je. Huhu sadis kan?
4 orang tu haruslah aku, Wafa, Sabil & Fauzan.

So this post aku akan cerita perjalanan kitorang sepanjang seminggu dekat sana. Kalau rajin boleh follow up to next post yg akan muncul selepas ini. Ada lahh few benda yg aku boleh share in case korang pun baru first time ke LANGKAWI nantiii. 

Kitorang pilih tarikh 21 Februari - 26 Februari 2017 memandangkan tarikh ni paling cun iaitu 2 minggu sebelum kitorang pergi sambung degree.
Ye dah sebulan pergi baru dapat update sebab ni lahh sebab takda line internet.

Kitorang pergi ke Langkawi menaiki penerbangan Air Asia *gteww ayat kau jemah*. Harga tiket is about RM65 per head including insurance & processing fee debit card. So basially the price is only RM49++. Murah right? Actually ada yg lagi murah. Tapi sebab nak timing dan tarikh tersebut, so okay lahh kan. Kitorang beli tiket dalam 2 bulan awal macamtu. Sebenarnya nak beli lagi awal tapi aku belum gaji lagiii hahahahaha. 

Kitorang gerak frm KLIA2 dalam jam 9.10 PM dan landed on 10.05PM. Sampai dalam 10 minit awal katanya. *Shud be 10.15 PM* Bila sampai je dekat sana terus cari owner kereta sewa, Encik Azrul. Kitorang sewa Viva Elite RM50 per day. Condition dia okay lahh cumaaa haih hahaha rendah sangat sampai sagat kat jalan banyak kali. 
So TIPS 1: Jangan sewa viva kalau 4/5 orang dan orang itu sihat sangat macam akuuu. 
MyVi ke Axia ke okay lahh. Sewa dengan Encik Azrul ni, kalau korang pulang kat Jeti Kuah, dia akan charge RM20 sebab lokasi operasi utama beliau ialah di Airport Langkawi. So total harga kereta Deposit RM50 + Sewa 4 hari RM200 + Pickup Charge RM20, TOTAL: RM270. Deposit dapat balik selepas pulangkan kereta. Kalau yg pergi sana unplanned ke, yg tak tau nak contact siapa, jangan risau. Kat Airport tu banyak kaunter yg offer kereta sewa dengan pelbagai model dan pelbagai harga. Jangan kata kau nak pilih, tak sempat nak bertenang orang tu dah panggil2 suruh kau sewa kereta dorang. 

Lepas je dapat kereta, kitorang terus p Petronas isi minyak RM60. Lepas je isi minyak, on Waze dan search Amzar Motel. Amzar Motel terletak di Pantai Chenang yg super busy dan sesak tu. Lagipun dorang tengah buat renovation kat jalan tu. Tu yg sesak gilaaa
Dan TIPS 2: Jangan terlepas jalan or lokasi yg korang nak pergi kat Pantai Chenang ni. 
Jalan dia sehala dan kalau terlepas, jauh lahh kena pusing. Serius jauh. Amzar Motel ni boleh dikatakan famous jugak kat Langkawi ni. Murah pun murah, selesa pulak tu. Kitorang pilih bilik chalet ber-air cond. Kira paling murah kat sini, Rm45 semalam. Dia banyak lagi choices bilik kat sini, dan bilik RM45 hanya untuk walk in. NO BOOKING. Selamat ada bilik malam tu sebab hari selasa kan. Bilik dia ada 1 katil Queen, AirCond, Wi-Fi, Tv & Tandas with shower. Bagi aku okay lahh murah kot ada aircond wifi apa semua. Water dispenser Coway & Iron ada disediakan dekat hall depan bilik. Bilik chalet ada 2 jenis, pintu kayu & sliding door. Pintu kayu luas & selesa sikit berbanding bilik berpintu sliding. Sebab aku yg check in, cecepat aku pilih bilik pintu kayu tuu hahaha. Sebelah Amzar Motel punya office ada kedai runcit Amzar. So senang lahh nak beli apa2 yg takda kan? Amzar Motel pun deposit RM50 tau!

Lepas check in apa semua kitorang p makan. Punya lahh pusing, jumpa lahh restoran 'SELERA LUBUK BUAYA'. Area Pantai Chenang jugak, sebelah Fave Hotel. Malam tu aku try Kerabu Maggi & Nasi Goreng Lubuk Buaya. Kira signature menu dia lahh. Sebenarnya aku nak tanya je kat orang tu Nasi Goreng Lubuk Buaya tu camne, rupanya dia amek order ingat aku nak menu tu. Nasib lerr, nasib baik sedap. penuh udang & ada telur mata. Aku bagi 3 1/2★. Mata dah ngantuk, perut pun dah kenyang, kitorang pun pusing balik ke motel. Mau bobok dong.

Tiket AirAsia: RM65
Kereta Sewa (Viva Elite): RM70 (exc deposit)
Amzar Motel: RM45 (exc deposit)
So total duit dah perabih untuk hari pertama: RM180
(Total excluding makan2 dan perbelanjaan peribadi)



Nah lanje sikit gambar dekat sana.

Okay actually ni gambar before pergi, masa kitorang gather lepastu plan perjalanan apa semua.
POYO KHENNN 😏

Ni Fauzan. Aku geram sangat ngn budak ni. Geram sebab apa?
Sebab dia kata dia tak jadi ikut kitorang, tapi tiba2 muncul kat KLIA. 😡😠

Sebenarnya *aku baru sedar* banyak lagi gambar dekat KLIA, tapi aku rasa dekat Sabil dan dia belum transfer kepada sesiapa pun lagi. Haih. I'll upload the pic later.

Okay gaiss, thanks for reading. Tunggu next post untuk hari2 seterusnya percutian #BurakConquerKedah


🎔, BellaNazry

Comments

Popular posts from this blog

Semester 1 MC247.

UiTM di Hatikuuu. ~

Steamboat Wadi ar Raudhah