Projek Baktisiswa Alam Sekitar: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (NECC)

AssalamualaikumWarahmatullahiWabarakatuh.

Salam lazy lazier laziest sundae! Hahahaha. Well biasalah tak pernah tak mereput kalau duduk je kat bilik on weekend. Tapi, weekendku 2 minggu lepas dihiasi ativiti-2 indah bersama binatang comel-2. anyonyonyo. Haha. Guess what, after 3tahun++ tak balik Pahang, on dat weekend dapat g Pahang even bukan balik rumah Tokwan & Tok. sobsob ;'( *Malam first kat sana tidur mimpi tokwan&tok. huargghh ghindunyaaaa*

Pada tanggal 6-8 Mac 2015, iolls berserta 37 orang lagi peserta daripada Briged Sukarelawan UiTM (Negeri Sembilan) Kampus Seremban telah membuat aktiviti sukarelawan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan PKGK atau bahasa omputihnyaa, National Elephant Conservation Centre NECC, Kuala Gandah, Pahang Darul Makmur. Aktiviti sukarelawan ini telah diberi nama "PROJEK BAKTISISWA ALAM SEKITAR : PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN (NECC)." 

Selama 2hari 2malam jugak kami berkampung disana, kami telah menginap di D'Selesa Homestay. Sampai-2 je dah malam, so kira 2hari 2 malam lahh kan? Hahaha >< Aktiviti kami start pada hari sabtu. Sebab jadi urusetia kan, so kena lahh bangkit awaii dari peserta lain. *Awai kaaaa* After solat subuh berjemaah, sarapan pagi, kami kena joging sikit pagi-2, turun bukit. Homestay tu memang atas bukit. Terbaik owner diaa duduk tinggi-2 ney XD. Jarak masa perjalanan dari homestay ke NECC ambil masa 10-15 min je. Tapi sebab naik bas, rasa dia macam bas tu tak naik-2 bukit. Hahahaha.




Sampai sana, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan, grup 1 : Semua lelaki sebab nak kena urus mak pak gajahh, grup 2&3 : campur sebab kami urus baby gajah jee. Grup 2 bersihkan kandang gajah. Kami grup 3, p bersihkan sungai & korek pasir untuk tambak tepi sungai tuu. Pedehal lahh nak mandi air mandi gajah. :P




After lunch, kami dibawa menonton video mengenai gajah, n i promise u, ramai y dah jadi ular sawa time tuu! Sedap-2 dah lunch lepastu duduk bilik gelap ber-aircond dengan penat dari semalam. Memang tumbang lahh kan masing-2. Hahahahaha *siap ada audio-2 tambahan lagi teww!* Lepas je tengok tayangan video, kami pergi menonton jumbo-2 ini bermandi  manda di sungai yang dah weolls cucii. Seghonok ye kauu gajah dapat ayaq!




Masuk sini free je tau! Tapi bagi y datang dengan niat y berkobar-kobar nak maii mandi dengan gajah, harga dia RM10 je. Tapi kalau datang as volunteer, In Shaa Allah ada discount. Mula-2 memang rasa malas nak masuk sebab malas nak basah-2 semua, tapi mengenangkan semua masuk pastu dah bayar, ku renangkan juaa diri ini bersama gajah-2. Best tauu! Have fun sangat. Abang-2 yang jaga gajah ney pun happening jee.




Banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan kat sini. Bukan setakat boleh mandikan gajah, kita jugak boleh bagi gajah makan, kenal mak pak baby gajah y ada, tahu banyak pasal life dorang kat NECC ney. Baby-2 gajah ney pun comel sangat! Siap suka hisap-2 tangan orang.! *tapi baby-2 pun besau tauu*






So, Alhamdulillah. Selama 2hari 2malam kami di Pahang, macam-2 aktiviti yang kami buat, banyak perkara yang kami belajar. Terima kasih semua urusetia & peserta sebab banyak bagi kerjasama & bantuan. So next time boleh g sukarelawan lagi ney! 










BRIGED SUKARELAWAN : BERBAKTI DI MANA JUA, BERBUDI SEPANJANG MASA.








Comments

Popular posts from this blog

Semester 1 MC247.

UiTM di Hatikuuu. ~

Steamboat Wadi ar Raudhah