Steamboat Wadi ar Raudhah

Hallo Assalamualaikum! 

So this is my first entry selepas mendaftar ke semester 4.
Baru minggu first khenn, takan nak balik pulak. Hahaha. So weolls mengadakan trip makan-2 since ada orang tu nak bawak jalan. So we choose to eat steamboat & grill at Nasi Arab & Steamboat Wadi Ar-Raudhah Seremban.
.
Menu kat sana memang sangat sangat sangat satisfied lahh! Macam-macam ado~
Segala bebola api bebola sepak semua ada. Seafood dah macam kat Bikini Bottom. Cuma Spongebob Squarepants je yg takdo. Haha. Seafood yang tak pernah jumpa pun adaaaa. *Sedihnya hidup sis* Lepastu dedaging dagingan, sayur sayuran wahhh omnomnom angatt

First time jumpa. Not bad rasa dia. Sampai tambah pinggan kedua. Ngeh ngeh :P
.
Punya saited nak makan kat sini, berapa hari awal tu dah book dah kengkonon nanti full haha. Dah sampai sana dia bagi pilihan either nak Sup or Tomyam. So weolls pilih nak tomyam. Malas lahh nak citer pasal seafood dia yg sampai 2 peti tuu buat kempunan je nanti. Dengan makanan lain seperti nasi lemak, nasi goreng, aglio olio, makaroni, mee goreng, ubi rebus + kelapa, kuih muih, bubur nasi, popcorn, ice cream eh banyak lahh. 
.
Oleh kerana best sangat & harga pun mampu mencekik dari dia bukak sampai tutup kau duduk lahh situ, jadi sis syor sangat korang semua pergi. No limit makan kat sini. Kitorang makan pun sampai nak tutup kedaii tauuu. haha punya lahh mencekiknya teww. 
Datang lambat? Takut habis? Dont worry. Asal kosong je peti tu, ada lahh waiter isi balik bekas tuu. Please lahh rugi tauu tak datang. Siap ada nyanyi-2 lagi fefeeling korea musim sejuk lepastu makan steamboat padahal aku tengah berpeluh sakan. Kah kah!



.
Jangan lupa datang tau bawak family atok nenek mak ayah paklong maklong pakngah makngah mak lang paklang paksu maksu sepupu anak sedara cucu cicit tunang isteri suami makwe pakwe anak kawan dan segalanya. Cuma kau jangan bawak laki orang. Kang kau yg kena grill ngan bini dia hahaha. Okay lahh nak tau lebih lanjut, go and visit their blog & page 

Jalan Seri Rahang 1, Taman Seri Rahang, 70100 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
+60 13-478 2477
Lupa nak gtau, hari isnin dia tutup tauu!

Comments

Popular posts from this blog

Semester 1 MC247.

UiTM di Hatikuuu. ~